Tomok Juara Oiam-3 2009

Jika di imbas kembali, kemenangan imuniti Tomok sebelum ini juga bersandarkan sebuah lagu rancak, “La La La Kerjalah” oleh Meet Uncle Hussain. Apabila dicubanya mempelbagaikan pembawaan genre lagu, hasilnya kurang memberangsangkan, seperti yang dilihat pada minggu lepas, di mana dia telah mendendangkan sebuah ballad oleh Melly Goeslaw berjudul “Gantung”.


“Ada batasan kepada apa yang boleh saya lakukan. Apa yang saya pandang sekarang adalah cara untuk menarik perhatian juri, buat apa yang mereka suka. Ia juga datang dari Aubrey (Suwito, pengarah muzik OIAM3). Tapi iya-lah, saya tidak mahu dilihat sebagai hanya mampu membawa lagu pantas. Mungkin saya belum lagi mendapat lagu yang sesuai. Tapi saya akan cuba membuat sesuatu yang lain dan membawa perubahan.”
Ditanya jika ada perancangan untuk menyanyikan lagu popular Newboyz, “Sejarah Mungkin Berulang” yang diubah arrangement-nya, Tomok menjawab, “Ia terlalu sinonim dengan New Boyz. Buat sementara ini, ketika di dalam pertandingan, saya ingin berdiri atas nama sendiri.”
Tomok, seperti rakan-rakan finalis lain, juga gementar dan takut semakin dekat pertandingan ke penghujungnya. Sesiapa dari mereka boleh tersingkir. Dan walaupun dia tidak pernah berada di Bottom 3, Tomok memberitahu itu tidak bermakna dia berasa selesa dengan kedudukannya.
“Apapun boleh terjadi. Setiap minggu saya merasakan saya yang akan tersingkir. Ditambah lagi dengan ketiadaan imuniti, memang goyang lah. Yang pentingnya adalah untuk membuat persembahan terbaik. Kita semua perlu lebih menambahkan resipi untuk setiap persembahan bukan hanya untuk memuaskan juri dan penonton di studio tetapi juga untuk mereka di rumah. RM1juta satu jumlah yang banyak jadi kita perlu bekerja keras. Seperti yang dikatakan Syafinaz tadi, saya perlu memberikan kejutan. Saya sudah buktikan kebolehan saya membawa lagu rancak. Melodi perlahan belum di cuba lagi. Cabaran saya kini adalah untuk menyampaikan lagu berentak perlahan yang mampu menarik minat penonton. Saya sudah ada rancangan untuk persembahan minggu depan, jika ada rezeki, insyaAllah, saya dapat menyampaikannya.”

“Saya harap dapat memecahkan tradisi OIAM yang sebelum ini menobatkan dua peserta wanita sebagai pemenang selain menjadi artis pertama menang dalam pertandingan ini,” katanya.
Jelas Tomok, seandainya RM1 juta menjadi miliknya, dia mahu memiliki studio dan baki selebihnya digunakan untuk menerbitkan album solo (berkonsepkan pop rock) yang menjadi impiannya sejak sekian lama selepas 10 tahun berjuang dengan New Boyz.
Tomok akan mendendangkan single solo ba runya, Rindu Terhenti serta Hanya kau Yang Mampu di popularkan oleh Aizat.
Terdahulu menerusi ucapan Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar, dia cukup berbangga dengan prestasi ditonjolkan tiga peserta akhir OIAM3 ini.
“Mereka adalah peserta final yang terbaik pernah kami temui dalam sejarah OIAM. Mungkin sebelum ini saya pernah memperkatakan hal yang sama dalam musim se terusnya tetapi terus-terang musim ini paling membanggakan,” katanya.
Izham juga tidak menolak kemungkinan, menyerapkan dua peserta bukan juara berjaya dibawah pengurusan 8 Unit dan memberi peluang merakamkan album di bawah Monkey Bone.
“Kalau ikutkan kontrak program ini, hanya album untuk juara saja akan diterbitkan kerana kos pembikinan album termasuk dalam wang yang dimenangi mereka.
“Namun, kami tidak keberatan memberikan peluang kepada peserta lain jikalau mereka benar-benar berpotensi. Salah satu caranya 8 Unit yang akan mempromosi dan membantu menguruskan kerjaya mereka untuk tempoh tertentu,” katanya.
Itu ulasan minggu lalu tapi pada malam tadi Tomok telah membuktikan segalanya......
Dengan lagu Rindu Terhenti ciptaan Aubrey Suwito Tomok telah berjaya menjuarai OIAM 3.Tahniah untuk Tomok Jutawan Muda.
Cayalah Tomok....!!!
Related links in Tomok Juara Oiam 3-2009:
Related links in Tomok Juara Oiam 3-2009:
Tomok - MySpace
Tomok - Facebook
Fast Action Bonus #1 | |
| Get your hands on Jorge Sampson's amazing "Optin Page Generator" Software and Video Tutorial. This is a $97 Value and worth the price of this package alone. This amazing software program will generate powerful Opt-In Squeeze Pages for you... Instantly!Click Here Now....!! |
Artis Seksi Malaysia Sphere: Related Content


















1 comments:
Hi. I was wondering if you love a Malay and English lyrics for Shah Indrawan's Rindu Terhenti. I've been trying to look for one but I can't. Thanks.
Catat Ulasan